Tuesday, 4 October 2011

Tiada Lagi Harapan

Pagi ini apabila aku bangun dari tidur, aku menyedut udara dalam-dalam. Bila aku buka mata ini, aku terus mengeluh. Aku tidak tahu apa yang aku mahukan dalam kehidupan aku ini. Aku mungkin inginkan sebuah perhubungan yang abadi. Namun hakikatnya aku masih mencari, perhubungan yang bagaimana aku inginkan. Aku telah menjalin hubungan dengan seseorang yang betul-betul aku sayangi. Walaupun aku tahu ada batasan antara aku dengan dia, tapi kenapa aku tidak boleh membuat pilihan.
Pilihan yang aku maksudkan adalah jiwa aku memberontak mengikut perasaan sedangkan jiwa aku tahu yang aku tidak mungkin dapat apa yang diinginkan. Kenapa tidak aku tinggalkan? Mungkin kerana masih ada perasaan sayang dan cinta yang amat mendalam. Jika aku renung kembali, aku juga seorang yang ego dalam perhubungan. Aku tidak boleh menyalahkan dirinya semata-mata kerana keadaannya yang terbatas itu. Namun aku cuba memahami, tetapi semakin aku memahami semakin menjadi-jadi perasaan aku ini.
Aku hanya inginkan perhatian yang mendalam. 100% komitmen yang aku inginkan kerana aku berada jauh dengannya. Tidak cukup dengan sms, aku inginkan panggilan. Apabila panggilan dibuat aku tidak keruan untuk berjumpa. Begitu keadaan aku. Aku benci perasaan itu.


0 comments:

Post a Comment